Hari Keluarga Di D'nelayan Beach Resort

Keluarga merupakan komuniti terkecil dalam kehidupan bermasyarakat yang terdiri daripada ibu,bapa dan anak-anak. Kadang kala ibu bapa sibuk dengan kerja dan tugas seharian sehingga tiada masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Apa kata luangkan sedikit masa bersama keluarga anda di D'Nelayan Beach Resort. Kami menyediakan pakej-pakej serta aktiviti yang istimewa khusus untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bagi penggunjung yang datang ke sini. Disamping berhibur dengan aktiviti yang di sediakan mereka juga dapat menghirup udara yang segar serta dapat menenangkan fikiran daripada kesibukkan kota. 


PAKEJ HARI KELUARGA.

Hari keluarga anda akan lebih bermakna disini, pelbagai kemudahan bilik penginapan, sukaneka, karaoke dan berbagai lagi. Rundinglah dengan kami untuk mendapatkan pakej hari keluarga anda.- Bagi pakej melebihi 60 pax ke atas akan mendapat percuma Voucher .


PAKEJ 1 ( PAKEJ ISTIMEWA)

Kadar Harga:

Dewasa-RM 78.00,
Kanak Kanak- RM 22.00

Pakej merangkumi:
Pakej ini termasuk penginapan untuk seorang 1 katil , serta juadah makan malam , sarapan pagi dan makan tengah hari.


PAKEJ 2 ( PAKEJ EXECUTIVE)

Kadar Harga:

Dewasa-RM 88.00,
Kanak Kanak- RM 36.00

Pakej Merangkumi:
Pakej ini termasuk penginapan untuk satu orang satu katil , serta juadah makan malam BBQ , sarapan pagi , dan makan tengah hari.

PAKEJ 3 ( PAKEJ BERASINGAN)

Kadar Harga:

Dewasa- RM 30.00,
Kanak kanak- RM 22.00

Pakej Merangkumi:
Kadar penginapan mengikut tempahan di mana satu keluarga satu bilik , pakej ini lebih menjimatkan. Pakej makanan ini 3 kali makan malam ,sarapan pagi dan makan tengahari. Sekiranya anda memilih untuk makan malam BBQ, caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM 15.00.


Kemudahan Lain

1. Peralatan sukaneka (1 game = RM 10 )

2. Karaoke ( RM250.00 8pm-12pm )

3. Indoor Games

4. Sukan Pantai

5. Sukan air kayak banana baloon,speed bot





Kemudahan riadah lain seperti Pusat Pemuliharaan Penyu, Balai Cerap Al Khawarizmi dan industri kampung.



D’nelayan Beach Resort mempunyai 3 cawangan iaitu:
D’nelayan Beach Resort Sungai Tuang (Sila Klik)
D’nelayan Beach Resort Padang Kemunting (Sila Klik)
Kemunting Beach Resort (Sila Klik)









2 Responses
  1. Unknown Says:

    bilik 203..air cond rosak. Tiba2 of sendiri setiap 3 atau 4 minit. Kena ON balik . Lepas tu OFF balik . Aduan pada resort x ada feed back. Kul 7.20pm ( time maghrib ) air paip langsung x keluar walau setitik. Mungkin pasal time ni ramai bilik yg pakai air.. WIFI start check in sampai check out langsung x boleh connect. Aduan dibuat katanya yg tahu pasal benda ni org nya dah balik....


  2. Unknown Says:

    bilik 203..air cond rosak. Tiba2 of sendiri setiap 3 atau 4 minit. Kena ON balik . Lepas tu OFF balik . Aduan pada resort x ada feed back. Kul 7.20pm ( time maghrib ) air paip langsung x keluar walau setitik. Mungkin pasal time ni ramai bilik yg pakai air.. WIFI start check in sampai check out langsung x boleh connect. Aduan dibuat katanya yg tahu pasal benda ni org nya dah balik....


Post a Comment