Ciri Calon Suami/ Isteri
8:32 PM
Tanggungjawab Orang Tua
Sebagai orang tua, mereka bertanggungjawab mendidik anak mereka dengan didikan agama yang betul dan teratur. Ini kerana hanya dengan didikan agama sahajalah yang dapat membentuk salsiah seseorang anak menjadi seorang yang berguna kelak. Bukan sahaja dapat berbakti kepada ibubapa dan keluarga malah kepada negara dan bangsa.
gambar hiasan
Ciri-ciri Suami Pilihan :
Kuat agamanya :-
Pilihlh lelaki yang kuat agamanya sesibuk mana tetap tidak meninggalkan solat lima waktunya.
Bertanggungjawab & setia :-
Ini dapat dilihat melalui ibubapanya. Jika dia hidup mewah tetapi ibubapanya hidup
sebaliknya ia menunjukkan dia seorang yang tidak bertanggungjawab.Kerana dia tidak setia mengharungi kesusahan bersama.Elakkan memilih Lelaki seperti itu.
Tegas mempertahankan maruah :-
Dia menghindarkan diri ke tempat-temat yang boleh menjatuhkan maruahnya, serta mempertahankan/melindungi maruah wanita.Lelaki sebeginilah yang akan melindungi maruah isterinya.
Pemurah tetapi tidak boros :-
Adakah si dia seorang yang boros?lupakan sahaja. Kedekut? Lihat semula apa perbelanjaan yang dikeluarkan. Adakah nikmatnya dikongsi bersama @ sekadar untuk dirinya! Jika tidak,dia bukannya kedekut sebalik tahu membelanjakan harta dan wang dengan bijaksana untuk kepentingan bersama.
Tidak liar matanya :-
Perhatikan! adakah dia memerhati perempuan lain ketika berbicara. Jika ya, dia bukanlah lelaki yang sesuai untuk kamu.
Rakan pergaulannya :-
Rakan-rakan sepertinya, soleh .
Amanah :-
Tepati janji,tidak mengabaikan tugas, tidak salah gunakan kuasa. Dialah bakal suami yang sesuai untuk kamu.
Pilihlah lelaki seperti ini nescaya kamu dikurniakan keluarga yang bahagia.........
Calon Isteri
Memahami Lelaki :-
Dapat membaca naluri lelaki dalam susah dan senang sekaligus memberi kekuatan dan menghiburkannya.
Sejuk Mata Memandang :-
Manis wajahnya,sentiasa tersenyum,menutup aurat,hormat orang lain,ramah dan mesra.
Manja :-
Lelaki sukakan wanita yang keanak-anakkan dan manja kerana lelaki akan merasa bahawa merekalah pelindung wanita. Tetapi bukan wanita yang terlampau manja kerana ia menampakkan wanita itu tidak matang.
Berpegang Kepada Agama :-
Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang Allah.
Pandai Menjaga Kecantikan :-
Wanita dan kecantikkan mmg tidak dapat dipisahkan. Dengan menjaga penampilan diri mereka akan kelihatan cantik sekaligus menarik si lelaki.
Post a Comment